Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin



Masa berlalu terlalu cepat. Ramadan dah pergi. Memang sedih amat sedih dan rasa pilu. Tiada lagi sembahyang Terawih di surau Tun - 2 orang Imam (Hafiz) datang dari Patani Thailand, berumur 21 dan 22 tahun dah balik 3 hari sebelum Raya.

"Berapa juzuk dah hafal? Aku bertanya melihatkan tubuh yang kecil dan seperti anak.
"Dah 30 juzuk"
"erm" aku bersyukur.
Sayup-sayup aku terdengar "Eh Ma interview apa tu?" Ma tu panggilan di kampung ku.

Aku senyum.Walaubagaimana pun kami sembahyang 8 rakaat sahaja. Jemaah semuanya dah pencen dan ada yang solat di kursi. Imam tersebut dah diberitau keadaan fizikal jemaah. Surau ini sangat selesa dan setiap tahun aku akan solat disini. Terdapat kawan2ku yang berbeza.

Berbuka puasa disurau Al Tarbiah fasa 4 dekat rumah, disini ada tugas, memastikan semua dapat berbuka puasa dengan tenang. Kak Timah tertanya2 jika tak datang, mereka akan "miss" aku. Jarang sekali aku terima jemputan berbuka diluar walau terpaksa. Baru ni rasa "confuse" nak gi tak mau gi berbuka puasa bersama kawan2 persatuan penulis wanita (PERTAMA). Akhirnya keputusan tak gi. Dah 30 tahun disini. Kawan2 kenalan rapat.

Sembahyang subuh di masjid Al Mardiah, tempat aku belajar Tajwid. Kawan baca Yasin dan Marhaban (Ayah Long kata bidaah- tak kisah). Dengar ceramah di masjid Permata dimana kebanyakan dari mereka adalah "orang baru" lepasan Mesir.Kadang-kala geram sebab mereka lebih berpihak pada belah lelaki.

Sebelah pagi di bulan Ramadan aku tadarus di masjid Al-Madiah dan di sebelah malam pula aku tadarus di surau Al Tarbiah selepas terawih,

Tahun ni tak pergi Masjid Al Imam Kemensah sepuluh hari terakhir Doa Imam yang menusuk dijiwa, berlinang airmata kekesalan.

Memang kehidupan sangat berbeza selepas bersara sangat tenang, jumpa ramai kawan baru. Ada yang tiada kepentingan duniawi.

Hanya diri saja boleh memilih yang mana Kaca atau Permata.


1 comment: